Nokia semakin ligat memperkenalkan peranti mampu milik untuk pasaran global iaitu Nokia Asha 205 yang menampilkan papan kekunci QWERTY dan menfokuskan kepada pengguna yang gemar bersosial. Asha 205 merupakan peranti pertama dikeluarkan oleh Nokia yang menyediakan butang Facebook yang sebelum ini hanya dimiliki oleh HTC ChaCha. Istimewanya peranti ini, ia dilengkapi bersama teknologi baru yang dipanggil Nokia Slam, di mana teknologi ini memudahkan anda untuk menghantarapa saja dari peranti anda ke peranti lain yang menyokong Bluetooth tanpa prlu menjalani pelbagai proses seperti pairing dan sebagainya..
Bukan itu saja, Asha 205 turut menawarkan fungsi Xpress Browser untuk membolehkan anda menjimatkan penggunaan data internet sehingga 90% berbanding kebiasaannya. Tiada fungsi GPS terbina di dalam peranti ini, tetapi ia menggunakan menara telekomunikasi dalam menentukan kedudukan serta membolehkan anda menggunakan Nokia Maps padanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan