Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun
Razak, Rosmah Mansor telah melakukan lawatan kemanusian kerana ingin
melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin termasuk
mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan Hamas di Gaza. Jadi….apa
isu sebenarnya?
Ia
dilihat bermula, apabila kedatangan Perdana Menteri Malaysia bertukar
kontroversi “yang cuba dibangkitkan” sehingga terpampang di
akhbar-akhbar utama di beberapa buah negara termasuklah di negara haram
Israel, Palestin dan juga Indonesia.
Kalau diikutkan rancangan awalnya,
Mahmoud Abbas yang sebenarnya mengajak Datuk Seri Najib Razak untuk
datang Palestin dan berjumpa dengannya. Tetapi lain pula jadinya apabila
Datuk Seri Najib memilih untuk menemui seteru utama Mahmoud Abbas (Presiden Palestin), Ismail
Haniyeh (Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza) seolah-olah Najib
Razak dilihat cuba membelakang Fatah yang didokong Mahmoud Abbas
sendiri.
Akhbar pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, pada 22 Januari 2013.
Mahmoud Abbas ini siapa? Mahmoud Abbas
ini telah mengambil pendekatan mengiktiraf Fatah yang sama sekali tidak
mendapat sokongan sebahagian besar rakyat Palestin sendiri pada
Pilihanraya yang lalu. Dibelakang Mahmoud Abbas ini adalah Amerika dan
sekutu kuatnya Israel. Sedangkan Hamas adalah kerajaan sah yang dipilih
oleh rakyat Palestin.
Disebabkan Amerika bertindak tidak mahu
mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah yang diangkat oleh rakyat
Palestin, akhirnya Mahmoud Abbas dengan rela hatinya memlih untuk
menjadi “kuda tunggangan” dengan mengikut apa sahaja telunjuk Amerika.
Keseluruhan piliharaya Palestin tahun 2006 telah membuktikan Hamas memenangi 74 kerusi daripada 132 yang dipertandingkan Dewan Legislatif Palestin
Dipendekkan ceritanya, Mahmoud Abbas memilih Fatah semata-mata untuk mengambil hati Amerika dan sekutunya.
Video Ucapan Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Ismail Haniyeh (Perdana Menteri Hamas di Gaza)
Jadi apa masalahnya, sehinggakan kami
melihatkan sesetengah pemimpin politik terikut-terikut dengan cuba
memperbesar-besarkan lawatan Datuk Seri Najib Razak? Pada pandangan dan
pemerhatian kami, mengapa pula Mahmoud Abbas mahu melatah? Sedangkan
tindakan Datuk Seri Najib Razak melawat Ismail Haniyeh bagi beliau telah
melakukan tindakan yang betul kerana bertindak melawat rakan sejawatnya yang mewakili Hamas (kerajaan yang diiktiraf oleh rakyat Palestin).
Apa pilihan terbaik & keutamaan Datuk Seri Najib razak?Lokasi manakah yang lebih penting untuk Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan melihatkan situasi yang berlaku di Palestin ketika ini?
- Melawat & menemui pemimpin kerajaan sah di Palestin ? @
- Melawat & menemui pemimpin kerajaan haram di Palestin?
- Adakah di Gaza yang musnah teruk diserang oleh Zionis laknatullah sebelum ini? @
- Ramallah, Tebing Barat?
Kami
tidak faham masih dengan mentaliti individu seperti Mahmoud Abbas ini?
Bukankah Datuk Seri Najib Razak pergi ke Gaza yang juga terletak di
Palestin, di negara kamu juga? Nah…disebabkan mentaliti pemimpin Islam seperti inilah tidak hairanlah keluasan negara Palestin semakin kecil
dan terus-menerus dirobek tentera Zionis laknatullah. Hanyalah dek
kerana perkara seperti ini, isu yang tidak sepatutnya
diperbesar-besarkan.
Jikalau beginilah gayanya, senang-senang
sahaja Israel melaga-lagakan pemimpin islam di negara-negara Arab
sekarang. Dan, ya…..nampaknya Palestin secara keseluruhan belum
benar-benar bersedia untuk merdeka.
Sekarang ini kerajaan Malaysia tidak
mengiktiraf perjuangan Hamas dan lebih memilih untuk menyokong kerajaan
haram Fatah. Dalilnya, di Malaysia tiada duta Hamas tetapi yang ada
hanya duta Fatah semata sahaja. Jadi harapan kami, dengan pertemuan
bersejarah ini bakal menyingkap lembaran baru bagi kerajaan Malaysia
seterusnya membuka mata terhadap perjuangan sebenar Hamas. Mungkin?
Koleksi Gambar Najib Razak & Rosmah Mansor di Gaza
Sila klik kanan paga gambr-gambar di bawah untuk melihat paparan yang lebih jelas..Jadi ini mungkin sebahagian pendapat dan pemerhatian kami mengenai isu ini. Mungkin ada silapnya di mata anda? Jadi, anda boleh kongsikan pendapat anda bersama kami di sini…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan