One Piece
Plot
Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula.One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.
Kisah bermula semasa Lanun Shanks rambut merah menjadikan kampung halaman Luffy sebagai pangkalannya. Setelah sekian lama, Shanks telah bersedia untuk meninggalkan kampung Luffy untuk belayar ke Grand Line, pada hari itu Luffy telah menyatakan hasratnya kepada Shanks untuk menjadi raja lanun dan mengumpulkan anak kapal yang jauh lebih hebat daripada anak kapal Shanks. Shanks yang teruja dengan kata-kata Luffy telah mengamanahkannya dengan topi jerami kesayangannya dan meminta Luffy menyerahkannya kembali kepada Shanks setelah Luffy menjadi lanun terkuat kelak.
Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy, setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.
Luffy kemudian menerima sebuah kapal bernama Going Merry atau Merry Go sebagai tanda terima kasih daripada penduduk kampung sebuah pulau. Sepanjang pengembaraan mereka Going Merry telah menerima banyak kerosakkan yang hampir mustahil untuk dibaiki kerana ketiadaan tukang baiki kapal sehinggakan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan kapal tersebut dan membakarnya melalui upacara pengkebummian ala Viking sebagai tanda menghormati ahli penting. Luffy kemudian menerima sebuah lagi kapal yang baru daripada salah seorang anak kapal sebagai tanda penghargaan, kapal ini dipanggil Thousand Sunny dan memiliki struktur yang lebih besar dan dibina dari kayu yang paling kukuh dalam dunia serta memiliki banyak kelebihan lain.
Latar
Dunia One Piece dilitupi dua lautan luas, yang dibahagi oleh sebuah pergunungan besar yang digelar Red Line. Grand Line ialah bahagian laut yang serenjang dengan Red Line, lagi membahagikan lautan tersebut menjadi empat laut: Laut Utara, Laut Timur, Laut Selatan dan Laut Barat (North Blue, East Blue, South Blue, West Blue). Di sekeliling Grand Line adalah kawasan yang dipanggil Calm Belts, kawasan yang tidak mempunyai tiupan angin dan arus laut dan menjadi tempat pembiakan makhluk air yang besar yang digelar Sea Kings. Oleh itu, Calm Belts menjadi cabaran hebat untuk mereka yang ingin memasuki Grand Line. Kapal marin diperbuat daripada sejenis batu sakti yang membolehkan mereka menyembunyikan kehadiran mereka apabila mereka melintasi Calm Belts.Buah Devil (Devil Fruit) ialah sejenis buah yang apabila dimakan, ia akan memberi kuasa kepada pemakan. Buah Devil mempunyai tiga kategori. Buah Devil jenis Zoan membolehkan pengguna untuk berubah sebahagian atau sepenuhnya menjadi haiwan tertentu. Jenis Logia pula membolehkan pengguna mengawal dan mengubah struktur badan mereka menjadi kuasa alam seperti asap, api, pasir dan lain-lain lagi. Jenis Paramecia ialah kategori lain-lain yang membolehkan pengguna mendapat kebolehan luar biasa.
Manga
Manganya bermula pada 1997 di Shonen Jump isu 34 terbitan Shueisha dan hingga kini ceritanya masih berterusan. Versi televisyennya pula bermula pada Oktober 1999 di Fuji TV. One piece merupakan karya Oda yang berkisahkan pengembaraan Monkey D. Luffy dalam mengotakan janjinya kepada Shanks (lanun yang menyelamatkannya daripada lemas dan dimakan oleh Sea King) untuk menjadi Raja Lanun yang seterusnya selepas zaman kegemilangan Raja Lanun paling masyhur di dunia iaitu Gol D. Roger.Luffy menempuh pelbagai cabaran dan halangan yang menarik dan dalam misinya iaitu menjejaki One Piece-harta karun tinggalan Gol D. Roger yang menjadi rebutan para lanun-lanun yang datang ke Grand Line. Sepanjang pengembaraannya, Luffy merekrut anak kapalnya seorang demi seorang bermula dengan Roronoa Zoro, seorang pemedang yang bercita-cita menjadi pemedang terhandal di dunia sehingga namaya di dengar di syurga, Usopp seorang lelaki pengecut dan kuat menipu yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya Yasopp (penembak tepat dalam krew kapal Shanks) untuk menjadi wira di laut, Sanji seorang tukang masak terhandal di East Blue yang sentiasa jatuh cinta pada gadis cantik dan mempunyai cita-cita untuk menjejaki All Blue, Nami si pencuri merupakan perempuan mata duitan tetapi pelayar atau jurumudi kapal terhebat yang bercita-cita melengkapkan peta dunia, Chopper -rusa kutub yang yang memakan buah syaitan yang memberikannya sifat manusia yang mencari ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit dan Robin, seorang ahli sejarah dan satu-satunya manusia yang boleh membaca batu bersurat misteri berbentuk tinggalan zaman kuno-misinya ialah membongkar sejarah dunia yang dilindungi oleh Kerajaan Sedunia.
Setakat ini ahli terbaru krew kapal Luffy ialah Franky dan Brook, Franky ialah tukang kapal yang menghapusnya cita-citanya membina kapal terhebat di dunia setelah kematian penjaga dan majikannya Tom (pembina kapal Gol D. Roger) yang melindunginya dari ditahan oleh Kerajaan Sedunia. Brook pula seorang pemuzik era 90an dan telah memakan buah Devil iaitu Yomi Yomi No Mi.Di samping itu,Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal.Kisah pengembaraan Luffy menjadi semakin menarik kerana plotnya yang segar dan terdapat pelbagai kejutan.
Gambar ahli2 straw hat pirate
Tiada ulasan:
Catat Ulasan