Halaman

Jumaat, 28 Disember 2012

Rekaan Handphone Paling UNIK, PELIK atau HODOH?!

Tidak dapat dinafikan lagi sejak kebelakangan ini reka bentuk handphone yang diperkenalkan kelihatan agak sama di antara satu sama lain sehingga menimbulkan isu tuntutan paten reka bentuk di mahkamah. Penampilan yang kelihatan hampir sama ini mungkin disebabkan oleh trend pada masa sekarang yang mengutamakan paparan skrin sentuh penuh. Tetapi tahukah anda bahawa sebelum ini terdapat beberapa pengeluar handphone yang cuba mengambil risiko dengan menampilkan reka bentuk yang lain daripada yang lain? Berdasarkan kepada senarai berikut, adakah ia layak dilebelkan sebagai sebuah smartphone yang UNIK, PELIK atau HODOH?!



Samsung Serene
Pengeluar : Samsung
Tahun Diperkenalkan : 2005 

Kehebatan jurutera Bang & Olufsen menghasilkan produk audio sememangnya sukar dinafikan. Namun lain jadinya apabila ia menceburkan diri dalam dunia handphone. Berdasarkan rekaan yang ditampilkan oleh Samsung Serene, mungkin pengeluar produk audio nombor satu dunia ini patut kekal sahaja dengan apa yang dilakukan sekarang. Dengan rekaan mirip seperti bekas bedak kompak, reka rbentuknya sememangnya pelik kerana skrinnya terletak dibahagian bawah dan keypad retro handphone ini pula ditempatkan di bahagian atas..


Aesir Copenhagen
Pengeluar : Aesir Copenhagen
Tahun Diperkenalkan : 2011
Reka bentuk handphone mewah yang direka khas oleh Yves Behar di Denmark ini jelas diinspirasikan daripada rekaan tali jam tangan. Susunan butang keypad handphone ini sememangnya sangat unik kerana kelihatan mirip seperti tali jam tangan. Didatangkan dalam dua versi iaitu emas 18 karat dan stainless steel dengan bahagian atas diperbuat daripada seramik bagi dua-dua versi, ia nyata bukanlah murah Euro 7,250 (RM 28,898) bagi versi stainless steel dan Euro 42,000 (RM 167,412) bagi versi emas 18 karat. Walau bagaimanapun, ia tidak diketogerikan sebagai smartphone kerana tidak menyokong kemera, GPS, Gmail ataupun permainan mudah alih...
     
 BenQ Qube Z2
Pengeluar : BenQ
Tahun Diperkenalkan : 2005
 
Jika anda merasakan reka bentuk kiub yang dimiliki oleh Nokia X5-01 dan Motorola Flipout kurang menarik untuk dipandang, tunggu sehingga anda melihat model BenQ Qube Z2.Kedudukan keypad yang hadir dalam dua row secara menegak ini sememangnya nampak lain daripada yang lain, tetapi ia juga sebenarnya menyukarkan kita untuk menaip mesej dengan menggunakan hanya satu tangan...


Haier P7
Pengeluar : Haier
Tahun Diperkenalkan : 2004

Hadir dengan reka bentuk seperti pen pembaca teks,Haier P7 masih mampu mengekalkan penyediaan keypad kovensional. Selain itu, ia juga turut didatangkan dengan butang D-pad untuk memudahkan kawalan paparan skrin yang sangat kecil beresolusi 64 x 138 pixels. Anda juga boleh membuat panggilan  telefon dan juga menghantar atau menerima SMS dan MMS seperti man handphone biasa. Malah ia juga turut dibekalkan dengan kemera VGA di bahagian belakangnya....

NOkia 7600
Pengeluar : Nokia
Tahun Diperkenalkan : 2003
 
Disasarkan untuk pasaran 'fesyen', Nokia 7600 memiliki reka bentuk seperti air mata yang kerangkanya boleh ditukar dengan pelbagai warna pilihan. Apabila rekaan unik lebih diutamakan, aspek praktikal selalunya menjadi soal kedua dan ini jelas dapat dilihat dengan susunan butang keypad yang telah diasingkan kepada dua bahagian di antara paparan skrin. Ini bermakna anda perlu menggunakan kedua-dua tangan untuk menaip mesej dan anda perlu mengingati setiap nombor dan huruf dengan baik untuk memastikan anda tidak tersalah butang...
 
  Nokia 7280
Pengeluar : Nokia 
Tarikh Diperkenalkan : 2004
 
Nokia 7280 juga lebih dikenali sebagai handphone 'lipstik' kerana rekaannya yang panjang dan kecil. Sepertimana Nokia 7600, handphone ini juga disasarkan untuk pasaran 'fesyen'. Kelainan Nokia 7280 berbanding handphone yang lain adalah ia tidak didatangkan dengan keypad, sebaliknya hanya dilengkapi dengan Navi-Spinner dan empat butang kawalan. Mlah paparan skrinnya juga akan bertukar seperti cermin apabila tidak diaktifkan. Lebih menarik, anda perlu menolak bahagian atas handphone ini untuk mangambil gambar...
 
 
Hyundai MP280
Pengeluar : Hyundai
Tahun diperkenalkan : 2005
 
Hyundai mungkin boleh  dianggap popular dalm dunia otomotif,tetapi tidak sama sekali dalam telefon mudah alih. Apabila dilihat dari segi reka bentuk, tiada kelainan yang dapat dilihat pada Hyumdai MP280. Namun begitu,apabila flipout ini dibuka, anda boleh menemui satu ruang khas di bahagian bawah skrin berbentuk seperti rama-rama. Untuk pengetahuan anda, ia sebenarnya adalah ruang khas untuk anda memasukkan cecair pewangi kesukaan anda. Ia semata-mata hanya untuk menjadikan handphone anda mengeluarkan wangian dan itu sahaja kegunaannya...  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan