Woaaahhh, berita baik nie kepada semua belia-belia yang berminat nak ambik lesen dan belum mendapat lesen B2 anda boleh mencuba Prgogram BL1M ini. Program ini hanya untuk lesen motorsikal sahaja.
Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada
peringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan ,
ujian praktikal dan beberapa lagi. Pada masa ini kos purata untuk
memohon lesen B2 adalah sebanyak RM380.
Objektif Bantuan Lesen 1Malaysia:
- Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
- Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
- Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan yang berhemat
- Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum
- Memberi lesen kepada penunggang motorsikal dengan kadar murah diakhiri kursus pemanduan mereka.
Syarat Kelayakan:
- Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 tahun hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013.
- Tidak pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu
- Hanya sah untuk lesen kelas B2 sahaja
- Sihat tubuh badan
- Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
- Dikenakan yuran sebanyak RM199 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
- Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran
- Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada pautan link di bawah:
- http://www.bl1m.my/bl1mWeb/PublicLPAgentForm.zhtml (Borang BL1M Online) atau
- Jika menghadapi kesukaran untuk akses laman daftar online BL1M, anda boleh guna MyEG sebagai cara alternatif lain untuk mendaftar sila klik http://www.myeg.com.my/BM/index.html
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motorsikal
kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara berkomputer, latihan, ujian praktikal dan sebagainya.
Contoh Borang Online BL1M
Nota: Sekiranya anda tidak dapat mengakses borang tersebut melalui link pautan yang diberikan, ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.
Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Maklumat Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888.
Contoh Borang Online BL1M
Nota: Sekiranya anda tidak dapat mengakses borang tersebut melalui link pautan yang diberikan, ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.
Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
- Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubugi tuan/puan sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Lokasi Penggunaan BL1M
- Program ini akan dijalankan di mana-mana institusi memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.
Maklumat Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888.
NOTA: Setakat ini laman BL1M belum dapat diakses sepenuhnya. Hal ini berkemungkinan terlalu banyak capaian yang dibuat ke atas laman tersebut. Diharap semuanya dapat bersabar dan sentiasa cuba melayari laman tersebut dari semasa ke semasa kerana kami yakin masalah ini dapat di atasi oleh pihak yang berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan