Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

Kerajaan Korea Selatan Mengatakan Kilang Pembuatan Cip Samsung Penyebab Kanser


Agensi kerajaan Korea Selatan baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bekerja di kilang pembuatan cip Samsung telah menyebabkan kanser payudara pada seorang pekerjanya yang baru meninggal dunia baru-baru  ini. Perkhidmatan Kebajikan dan Pampasan Korea Selatan, yang merupakan sebahagian daripada kementerian pekerja, mengatakan ada kaitan rapat di antara kanser yang dihadapi da juga tempoh lima tahun wanita itu bekerja di kilang tersebut. Wanita yang berusia 36 tahun itu telah meninggal dunia selepas tiga tahun dia disahkan menghidapkanser tersebut, dan dia telah bekerja di kilang tersebut yang tidak disediakan dengan amaran pengesan radiasi. Akibatnya, dia telah terdedah kepada benzene dan juga karsinogen lain yang merupakan penyebab kepada kanser yang dihidapi wanita tersebut. Selain daripada kes ini, terdapat 30 lagi kes yang telah dilaporkan ke agensi tersebut yang mengatakan pekerjanya menhidapi pelbagai jenis penyakit apabila bekerja di kilang tersebut seperti barah,sklerosis dan juga tumor otak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan