Windows 8 merupakan sistem pengendalian keluaran Microsoft bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba, tablet dan PC teater rumah. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.
Pembangunan sistem pengendalian ini bermula sebelum pelancaran
pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya pertama kali diumumkan pada
Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna. Semasa pembangunan
dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi pra-pelancaran:
Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012), serta
Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi
peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8
dijangkakan boleh didapati pada 26 Oktober 2012.
Windows 8 dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu "perisian gaya Windows 8", yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.
Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT.
Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti
Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM
dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi
menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu
memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows
RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan