Halaman

Selasa, 18 Disember 2012

PERIKSA SEBELUM MENYESAL?!

Zaman ni zaman hnfon dan tablet...org ramai bersaing utk mndptkn hnfon dn tablet
yg tercnggih d pasaran ....masing2 menunjukkn kehebatan hnfon mereka....
Apabila hnfon rosak senang2 je mreka tukar...
''mak hnfon adik rosak...adik nak yg bru..boleh x mak??''
''boleh...nanti kita pergi beli yang bru untuk adik''

Disamping itu juga kemunculan teknologi komunikasi yang lebih 
canggih ini juga sedikit sebanyk dpt membntu kita dlm memudhkn kerja harian..
Untuk mengelakkan para pengguna menyesal apabila hnfon yg korang 
bru bli tiba2 sdh ada kerosakan, saya akan kongsikan beberapa tips apa
yang korang perlu lakukn sbelum dan selepas membeli peranti idaman 
korang tu supaya tidak menyesal di kemudian hari........
 
SEBELUM MEMBELI
 
   1. Bajet mencukupi
       Pastikan anda memiliki wang cukup untuk membeli peranti yang diingini.
       Namun begitu, adalah disarankan untuk anda menyediakan wang lebih untuk membeli
       aksesori tambahan seperti pelindung skrin dan juga sarung peranti tersebut.
       Penggunaan aksesori sebegini adalah sangat digalakkan untuk mengelakkan peranti anda
       daripada tercalar.
 
   2. Harga terendah
       Apabila bajet sudah mencukupi,jangan terus membuat pembelian peranti tersebut. 
       Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, apa kata anda buat sedikit tinjauan 
       harga pasaran bagi mendapatkan harga yang paling rendah secara online seperti di forum
       atau blog.
       Apabila anda sudah menemui harga yang paling rendah, cuba lihat respons daripada 
       pembeli yang pernah berurusan dengan si penjual sama ada positif atau negatif untuk
       mengelakkan masalah penipuan.
 
SELEPAS MEMBELI
           
   1. Aksesori percuma 
       Apabila bayaran sudah dibuat, apa kata anda cuba bertanya kepada si penjual
       sama ada mereka ada memberikan sebarang aksesori percuma seperti pelindung skrin
       atau sarung peranti tersebut.
       Ini kerana, sesetengah penjual akan lebih terbuka untuk memberikannya secara percuma
       apabila proses jual beli telah berjaya dilakukan tanpa masalah.
       Ada juga sesetengah penjual yang hanya akan memberikan aksesori percuma tersebut 
       apabila ditanya oleh si pembeli.
 
   2. Periksa pakej
       Kebiasannya si penjual hanya akan membuka kotak peranti yang masih sealed setelah
       yakin si pembeli akan membeli peranti tersebut. 
       Jadi cuba periksa segala aksesori yang di dtangkan secara standard dengan peranti
       tersebut dengan teliti seperti kabel USB, adapter pengecas, earphone, buku manual,
       kad waranti, dan juga aksesori tambahan yang lain sekiranya ada.
 
   3. Periksa peranti
       Ini adalah perkara yang paling mustahak untuk anda lakukan selepas membuat pembelian
       peranti.
       Periksa dengan teliti sebarang kecacatan fizikal pada peranti yang telah di beli tersebut
       seperti keadaan butang berfungsidan tidak longar, calar, kemekdan sebagainya.
       Selain itu, anda juga prlu memeriksa sekiranya terdapat sebarang dead pixel atau kerosakan
       pada paparan skrin, dan juga software peranti itu sendiri dari segi fungsi dan aplikasi
       yang berfungsi sepenuhnya....
 
   4. Pulangkan semula
       Sekiranya terdapat sebarang kecacatan atau masalah pada peranti tersebut, pastikan anda
       terus menghantarkannya semula ke kedai tersebut dengan segera dan menunjukkan kepada
       si penjual.
       Pastikan anda menghantar semula peranti tersebut pada hari yang sama kerana sesetengah 
       penjual tidak akn menggantikan dengan unit yang baru dan akan meminta anda 
       untuk terus ke pusat servis peranti itu sendiri.
       Setelah berjaya digantikan dengan unit yang baru, pastikan anda periksa kecacatan 
       dan masalah pada unit tersebut untuk mengelakkan berlaku masalah itu kembali..
 
CONTOH DEAD PIXEL PADA SMARTPHONES


                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan